Tuesday, December 21, 2010

Saya Kembali........

Menghabiskan cuti semester tanpa sebarang aktiviti menarik..hanya rutin seharian yang biasa bagi saya. Musim tengkujuh membantutkan aktiviti yang saya lukiskan di kepala sewaktu melangkah keluar dari kampus. Masa-masa lapang saya isi dengan kembali mengulang membaca novel dan juga mendengar lagu..ada satu lagu saya ingin kongsikan dengan semua.




Sebelum hadir seseorang yang telah dijanjikan oleh Allah sebagai nakhoda kita, mungkin dalam perjalanan itu kita telah menemui orang yang salah kan. Ada sampai berkali-kali dilukai dan ditinggalkan bahkan meninggalkan sebelum bertemu dengan pasangan yang telah dijanjikan. Semua jadi bekalan berguna dalam meniti kehidupan saya kira. SIAPA DIA SEBELUM 
DAKU..aluan merdu Roy dan Fran.

Siapa dia yang pernah hadir dalam hidup kita sebelum berjumpa dengan pasangan yang dijanjikan tidak penting, apa yang penting hargai apa yang ada dengan kita.

Aku selalu memikirkannya
Siapa dia sebelum daku
Gadis kau puja hingga kecewa
Kini kau tak menyatakan
Aku pun jua sering tertanya
Siapa dia sebelum daku
Pria kau puja hingga merana
Kau merahsiakan dariku
Sejak kau wujud dalam hidupku
Semuanya telah terpadam
Papar banyangan yang indah
Di malam purnama di telan mentari pagi
Apa di sentuh sejarah dulu
Hanya menyakit hati sendiri
Telah ditemukan kita berdua
Engkaulah sinar hidupku…..


Tak kisahla siapa yang pernah hadir
Kerna bagi saya
Awak tetap satu dalam sejuta
Terima kasih dengan
Pemberian kasih sayang ini

2 comments: