Friday, December 31, 2010

Dia.....Datang

Ermmm nampaknya tinggal beberapa jam lagi kita akan bertemu Dia...siapa dia tu??? Maksud saya tentulah tahun baru yang hanya tinggal beberapa jam lagi untuk kita meninggalkan dia yang lama (2010).

Tahun baru tapi kita masih dengan perangai yang lama....
Ramai yang sibuk bertanyakan tentang azam tahun baru, apa azam yang tidak kita capai tahun lepas, usia yang semakin meningkat dan pelbagai persoalan yang yang berkaitan dengan tahun baru. Tak ketinggalan juga gedung-gedung membeli belah yang menawarkan harga yang cukup lumayan sehingga membuatkan poket semakin mengering. Saya juga tidak ketinggalan mengambil peluang dengan tawaran harga tersebut...hehehe

Tapi yang lebih menarik perhatian saya ialah tentang keperluan untuk menyambut tahun baru....setiap tahun golongan muda-mudi tidak terkecuali golongan separuh warga emas yang mengambil bahagian dengan berhimpit-himpit hanya untuk melaungkan SELAMAT TAHUN BARU!!!


Lautan manusia....
Rasanya lebih baik berkumpul bersama keluarga dirumah ataupun keluar makan-makan daripada membahayakan diri mengambil risiko semasa berhimpit-himpit tanpa kawalan keluarga....Bersesak-sesak di celahan orang ramai bersama insan tercinta, bermadah pujangga sang lelaki menaburkan janji untuk tahun ini dan lahirlahhhh bayi tahun baru...... Tidak mahu saya memenatkan jari untuk menulis peristiwa yang telah kita sedia ketahui apa semasa tahun baru....fikirlah sendiri.



Bagi saya perlu atau tidak untuk menyambut dia yang bakal tiba??? tepuk dada tanya iman....^_^



Tidak pernah membuat azam sempena tahun baru
bagi saya cukuplah jika kita memenuhi janji dengan NYA dan diri
apa guna membuat azam jika janji dengan NYA
masih compang-camping kita kerjakan








2 comments: