Friday, March 25, 2011

Kita serumpun bukan?????

Assalamualaikum.......

Semua umat manusia itu bersaudara bukan namun kenapa mesti wujud rasa persaingan dan permusuhan antara satu sama lain....saya hanya mahu menyentuh tentang "dia" yang serumpun dengan kita...bahasa, agama dan peradapan yang agak sama, rapat dahulu renggang sekarang..entah silap siapa, tepuk dada tanyalah minda...

Rasanya Malaysia dan Indonesia pernah rapat satu ketika dahulu, namun kini kita membenci dia dan dia memusuhi kita...saling menuduh sedangkan kita bersaudara.....

Saya teringat satu peristiwa pada hari jumaat malam sabtu, saya bersama monu dan mona sedang bermanuskrip di surau kolej dan disapa oleh satu suara yang halus, lembut bertanyakan arah kiblat. Kawan saya monu bertindak sebagai petunjuk arah mungkin kerana dia mempunyai kefasihan berbahasa Indon hehehhehee....Selepas itu, empunya suara lunak tersebut bertanyakan tentang pejabat untuk menepah bilik kerana katanya dia baru sampai dari Indonesia dan terlibat dengan seminar dan bertugas sebagai pembentang dalam seminar tersebut. Kami sedikit kaget....pejabat dan tutup pukul lima petang lagi......

Wohaaa empunya suara lunak tersebut terus berubah riak wajahnya (sangat kesian melihat dia begitu),terus dia pergi berjumpa dengan kawannya (sama dari Indonesia tetapi lelaki). Dia kembali lagi menanyakan tentang cara untuk mendapatkan internet di sini...sekali lagi kawan saya monu dengan baik hati memberikan kata laluannya untuk empunya suara lunak tersebut,tetapi gagal mungkin kerana monu sedang menggunakannya. Dia berlalu dengan wajah kecewa, kami meneruskan kerja. Empunya suara lunak datang kembali lalu membaringkan diri di sebelah kami.

Detik menginjak pukul 11 dan kami mengemas untuk pulang, saya memberi cadangan supaya monu membawa empunya suara lunak bersama kami dan menumpang tidur di bilik menonton kerana saya sangat tersentuh melihat wajahnya yang polos, keletihan dan mungkin kelaparan kerana katanya dia menaiki belon pukul 3 petang dan sampai di Malaysia pukul 8 malam...Tetapi pelawaan saya ditolaknya kerana dia tidak mahu berpisah dengan kawannya (lelaki) mungkin kerana takut akan menimbulkan kesusahan pada keesokan harinya....

Lalu dia, kami tinggalkan dengan pesanan "jaga diri elok-elok".

Jom bersalaman sambil memaafkan.......

Semua makhluk bersaudara
namun mengapa mesti ada derita
memusnahkan insan yang sama
seakan menambah luka derita lama
mengapa dikenang sejarah yang pahit
mengapa mencari susur kesilapan
bukankah bersalaman dan kemaafan cara terbaik
musuh tiada negara pun aman


Kami mencari empunya suara lunak pagi ini, namun tiada ditemui,ahhh moga dia selamat sepanjang 6 hari disini.....andai masih diberi kesempatan untuk berjumpa, senyumlah tanda kita memang bersaudara...(saya tidak memasukkan namanya kerana terlupa,dia ada memberitahunya)

Thursday, March 17, 2011

Kisah Kita

Percaya tak kalau saya cakap...
sampai sekarang saya masih jatuh cinta dengan awak...
masih rasa berdebar bila dengar suara awak
masih rasa kelu bila awak mendekat....
harapnya awak percaya....
Kisah kita tak sama macam orang lain...
Jarak jadi penghalang...
Namun tidak mengekang hati saya...
Sayang saya utuh buat awak...
Harapnya awak juga begitu...
Biarkan hanya saya utuh dihati awak...


Pertemuan yang pertama kalinya...
Buat saya terus akur...
Akur untuk terus mengikat saya pada awak...
Saya terlebih rasa nampaknya...
Arhhhhh apa peduli dengan orang kata...
Bahagia kita yang rasa....
Orang hanya tahu menjadi pengkritik tak rasmi...
Menghentam kisah kita tanpa pedulikan saya...
Orang apa tahu...
Kita yang tahu...
Tentang kisah kita....


Kisah kita yang tak akan pernah berakhir..
Bila hati saling mengikat...
Biar janji saling dipadu...
Biar janji terus diikrar
dan biar..biar..
kisah kita terus mekar....






Tika terlihat bintang sambil berkhayal
saya bayangkan wajah awak
sedang mesra melempar senyum
Rasanya senyum awak lebih indah
dari bintang peneman saya
dan awak anugerah terindah
untuk saya..(^_*)

Saturday, March 12, 2011

Saya janji Tak akan sebegitu

Assalamualaikum~~~

Hari sabtu yang memenatkan+sedikit menakutkan buat saya dan teman seangkatan yang lain dengan melawat Rumah Orang Tua Seri Kenangan..

Ketibaan kami semua disambut oleh warga penghuni yang sedang beratus sepanjang jalan...sangat takut sebab keadaan mental merekaa tidak senormal kita...dah laa group kami tak de wakil kaum adam. kami dipecahkan kepada 5 kumpulan dimana 4 kumpulan ditugaskan untuk wad terlantar dengan membantu memandikan dan menuruskan mereka. saya pula dimasukkan dalam wad orang biasa. Aktiviti pagi bermula dengan menghidangkan makanan kepada mereka...satu pengalaman yang menarik bila Akak kantin memberitahu yang selalunya mereka susah nak makan tapi hari nie semua licin..kata akak mereka mahu cuci mata...wohaaaa!!

Ketua ...") macam palapes ketibaan kami disambut



Pengalaman yang kedua bila terpakda melakukan aktiviti senaman pagi...bayangkan kami dikelilingi oleh warga emas yang sensitif dan inginkan belaian kasih sayang...sangat menakutkan bila terdengar bisikan seorang pak cik yang agak melalut sedikit. Ditambah pula dengan gelagat pak cik Mansoor yang menyanyi dan berjoget sangat menghiburkan...Abang katanya bukan Pak cik...:P.......sedikit terkesan di hati bila Mak cik Ani seorang warga emas yang buta turut sama menyumbangkan suaranya....hampir menitik air mata bila lagu yang dinyanyi olehnya menggambarkan kehidupannya...moga dia terus tabah!!

Aktiviti yang seterusnya ialah minum pagi...disini saya sedikit takut bila diserbu oleh pak cik-pak cik sambil meminta air sedangkan air telah dihidangkan diatas meja..barangkali mereka hanya inginkan sedikit perhatian dari saya...seterusnya kami ditugaskan membersihkan dewan makan..dan sarapan pagi bersama kakitangan....






Ada seorang penghuni yang tidak suka dibantu dan sangat rajin orangnya...tapi sedikit pendiam, mungkin tidak mahu membuka ruang untuk kami selusuri hatinya...sewaktu membantunya mengambil air, tangan kami ditepis tanpa menghadiahkan senyuman pon....mungkin sudah penat dengan semua ini!!

seterusnya aktiviti kemuncak iaitu perasmian penutup dimana kami semua disuruh untuk mendekati dan menyelami hati mereka...teringat saya akan genggaman tangan Cik Puteh..sayu hati mendengar tiap patah yang keluar dari mulutnya...sewaktu berpisah, dia seakan-akan tidak mahu melepaskan tangan saya dan katanya "nanti lepas belajar datanglah melawat"........





Inilah wajah-wajah kekasih saya...InsyaAllah saya janji tak akan sebegitu, saya janji akan menjaga mereka, melindungi mereka dengan tulang kecil saya, menghapus tiap air mata duka mereka, mendengar keluh kesah dari jiwa mereka....membela nasib mereka bila toa kelak dan andainya saya tidak diberi kesempatan untuk menjaga mereka di hari toa kelak, masih ada wajah kekasih lain yang sudi...Miss u so much wajah kekasih!!!!



bukan wang ringgit yang dipinta
bukan emas permata
bukan banglo berjuta
namun hanya secebis
sedikit perhatian bersama adunan kasih sayang
tidak terbalas apa yang kita kurniakan
dengan apa yang diberikan
cukuplah...cukuplah dengan
kasih sayang!!

Teringat kisah seorang penghuni yang dihukum oleh anaknya sendiri kerana kesilapannya yang lalu..namun lupakah anak tersebut, siapa kita untuk menghukum mereka, walau sebesar mana kesilapan mereka terhadap kita, namun tidak sebesar dengan perlakuan kita membuang mereka......








Saturday, March 5, 2011

Dinner again!!

Assalamualaikum~~~`

Jumpa lagi dengan sahabat maya semua..hehehe...semalam hampir muncit perut saya diisi dengan pelbagai makanan yang sedap..sememangnya saya tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri dinner kolej...perrghhh rugi 2..leh makan percuma...

Retro di tahun lepas....



Tahun lepas saya macam saloma yang x berapa saloma..tema retro, saya memang tak berapa pandai dalam hal mekap2 dan hadiri majlis2 cam nie...10s tok room8 setahun lebih saya yang bersusah payah tok saya..

Tahun nie..tema black pearl....tapi saya tak black n pearl pon~~~~






























Dulu pernah saya berharap
tertunggu perkhabaran dari awak
masa yang memisahkan kita
tapi hati saya teguh untuk awak
kini saya tak sanggup lagi menunggu
maafkan saya kerna memungkiri janji yang dibina
bukan tak cinta
namun diam awak
buat saya lemas
keliru dengan rasa yang saya simpan
akhirnya saya lepaskan nama awak
yang pernah utuh dihati saya
harapnya senyuman masih ada dibibir awak
untuk saya setiap kali kita bersua!!