Sunday, February 20, 2011

Jujur vs Tak Jujur

Makin lama dunia sekarang..makin sukar untuk mencari orang yang jujur...jujur dalam segala segi, jujur dengan diri n orang lain dan juga semua...

1~ orang yang jujur tidak akan menunjukkan sebarang isyarat sebagai pesalah bila dia di cop sebagai pelaku tapi orang yang tidak jujur akan menunjukkan isyarat dia bersalah. Contohnya kalau pasangan kekasih yang sedang bertengkar dan si lelaki yang curang pasti akan mengelak untuk menjawap persoalan yang ditanyakan...jika situasi tersebut jauh dari mata, kalau bertentangan lagi mudah mengesan orang yang tidak jujur dengan melihat perlakuaannya yang mengaru tempat yang tidak gatalla, tidak mahu bertentang matalah...semualahhhhhhhhhhh!!

2~ Orang yang jujur sentiasa mencari peluang untuk berterus terang bila mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena manakala orang yang tidak jujur pula sentiasa mengelak untuk berterus-terang, membiarkan perkara yang secubit garam menjadi sebesar Gunung Kinabalu.....semakin kita kumpul perkara yang kita tak puas hati dengan orang. semakin membesar perkara tersebut...so baik cerita awal-awl..




Ermmm kalau sebesar nie kira ok kot...")
3~Orang yang tidak jujur, percakapannya mesti tak betol kan,,mudah sangat nak kesan, misalnya,saya tak
pernah mandi bila berada di tempat awan sebab saya malu tapi tetiba, saya suka laaa main gelongsor dalam air tuuuu...sangat best...cuba fikir balik, tadi cakap tak pernah mandi kat tempat tapi suka gelongsor?????apa motif ini,,agak2 laa nak menipu pon....contoh kedua, saya tak suka pakai selendang tapi bila borak dengan kawan2 yang pakai shawl, dia yang lebih2 cakap pasal shawl....hellloooo tak sukaaaaaaaaaaa!!!!


4~Orang yang tak jujur mesti nak meninggikan diri dia dalam segala hal kan..tapi orang yang jujur selalu rendah diri. Contohnya....i tak pandai masak laaa...u sebut jerk nak makan apa...wohaaa....betul ker pandai...semua orang pandai masak tapi sedap @ tidak sahaja...




Kddang kala dengan jujur hati boleh jadi sakit
tapi kalau tidak jujur
lagi sakit, menusuk
bertahun mengambil masa merawat luka
so tepuk dada tanya iman...















Thursday, February 10, 2011

Kami Prihatin

SALAM semua...sejak dua menjak nie,mood nak tulis blog terbantut sedikit kesian buah hati kesayangan nie..lama ditinggalkan bersawang...hehehe...jangan bimbang saya kembali lagi...")

Dulu pernah saya terfikir ada lagi ke lelaki yang prihatin dengan kaum saya yang lemah nie...( memang ada yang prihatin tapi tidak diberi kesempatan bertemu ^_^)...susah nak jumpa dalam zaman yang serba canggih nie...selain orang yang rapat dengan saya,maka saya mengandaikan bahawa susahnyaaa nak jumpa lelaki yang prihati lagi...

Lelaki yang prihatin ~sanggup berdiri untuk bagi kaum saya duduk, tolong ambikkan barang-barang kami yang jatuh, tolong kami pegang barang yang sangat berat, dan banyak lagi...Bagi saya susah nak jumpa lelaki yang prihatin dengan keadaan kita...tapi nampaknya saya tersilap dalam meneka...terbukti sendiri Kami memang prihati....


Sempat saya curi dari cik abang google..")

Peristiwa ini terjadi sendiri pada saya semasa dalam perjalanan untuk pulang ke kampus selepas seminggu bercuti sempena Gong Xi Fa Chai...ada dua lelaki yang menjadi peneman saya pada malam itu membuktikan masih ada yang prihatin dengan kelemahan kaum saya....Jomm mengembara bersama....hehehe

~ Mula-mula sampai di hentian bas, perasaan saya mula cuak melihat sebilangan daripada penumpang adalah kaum Adam...adusss tak suka betul bila duduk sebelah kaum Adam dalam bas...Tapi ibu menenangkan saya yang mula merengak tak mahu pergi ( memang saya begitu, kalau pulang mesti tak mahu balik ke kampus). Pasangan saya yang pertama bernama Adib, bekerja di Bangi dan merupakan ketua ekpedisi mendaki Gunung di sekitar Kuala Balah..katanya daripada persatuan orang Gunung Kuala Lumpur. Ramah sekali berkongsi cerita dengan saya sehinggakan semua gambar dalam simpanannya ditunjukkan pada saya...bertanyakan tentang asal-usul saya dan memberi sedikit nasihat dalam bergelar pelajar. Sering kali tidur saya terganggu kerana dia mengajak berbual dan juga paling prihatin bila ingin mengenalkan saya dengan kawannya yang masih solo lagi...wohaaaa..saya sudah berpunya!!!





~ perkenalan saya dengan Adib berakhir si hentian putra dan saya terpaksa menukar bas untuk ke Kajang kerana Pak cik bas malas!!!!...sakit hati betul, bayangkan dengan keadaan saya yang deman dan batuk-batuk yang agak kuat benar-benar menyeksa saya. Oklahhh pak cik saya tukar!!! Saya terpaksa naik bas yang penuh dengan penumpang untuk ke Kajang dan malangnya semasa saya menaiki bas tersebut hanya ada satu tempat kosong di sebelah lelaki yang sedang berselimut lingkup...alamak tak kan saya nak bangunkan dia..tapi tak kan nak berdiri...jauh tuuuu. Nasib baik lelaki di sebelah saya merasa kesian melihat saya berdiri lalu mengejutkan lelaki tersebut....sepanjang perjalanan ke Kajang saya asyik terbatuk-batuk dan lelaki yang sama  juga merasa kesian....menghulurkan sebotol air. Terkejut...tergaman...saya hanya senyum dan mengucapkan terima kasih sahaja...abah pesan jangan ambik air dari orang yang kita tidak kenal....Kami berpisah di Putrajaya kerana lelaki prihatin tersebut turun di Putrajaya...


Betullah kata orang lama-lama, jangan mudah menilai sesuatu tanpa melihat isi dalamnya..mungkin dia nampak jahat, ganas tapi hati dia baik....dan mungkin yang nampak baik dan lembut itu sedikit nakal...^_^
                  
Awak akan tunggu saya???
Insya Allah saya akan tunggu
 biarpun kalau satu hari nanti
awak sudah tidak sayang pada saya
saya tetap tunggu awak
Sebab saya betul-betul sayangkan awak ")

Monday, February 7, 2011

Cuti = Musim Rehat @ Penat

Salammmmm semua,rasanya sudah lama saya meninggalkan buah hati kesayangan saya tanpa menjenguk sedikit pun untuk mencurahkan kasih sayang...tengok kesian buah hati saya,penuh dengan sawang dan benda-benda asing...hehehehe

Jadi saya kembali membersihkan buah hati kesayangan saya  dengan membawa bersama cerita musim cuti sempena raya cina...pernah tak tuan hamba semua fikir...musim cuti sekarang musim untuk berehat atau musim menambahkan penat???? Cepat-cepat angkat jari saper yang mahu jawap....^_^

Musim cuti sekarang dijadikan musin kenduri-kendara, sepupu kawin, kawan nak bertunang, cukur jambul anak buahlaaa...tengok sepupu sepapat yang jauhhhhhhhhhhhh laaa...pokoknya tak de masa untuk berehat...betol ker???

Asal cuti jer mesti ada kad yang bertandang kat umah ajak makam kenduri....cuti saya selama seminggu juga terganggu kerana terpaksa menghadiri tiga kenduri...nasib badan,semua sedara yang kawin. jadual betul-betul padat......


Gambar lama...sesaja nak masukkan..^_^


Kenapa yang ramai pilih masa cuti yer untuk kenduri????.....(ketuk kepala sendiri sebab tanya soalan budak darjah 1)...

~sebab musim cutilahhh semua ahli keluarga, rakan, bekas kekasih, bekas jiran, bekas mertua tak jadi akan balik...jadi semua boleh kumpul ramai-ramai
~masa cuti merupakan masa terbaik sebab saki-baki cuti boleh lagi rehatkan badan selepas seharian jadi tukang sibuk kata tempat kenduri
~sebab musim cuti ada ramai sedara yang boleh dikorbankan menjadi pembantu pada hari kejadian..hahahha..
~sebab memang nak pilih musim cuti ^_^

Terima kasih untuk kenangan masa cuti
antara yang terindah dalam hidup saya
nanti tunggu cuti lagi yerrrr!!!

Monday, January 24, 2011

Angan @ Realiti

Nak tanya kamu semualah ,pernah tak rasa sesuatu peristiwa dalam hidup ni macam pernah berlaku dan berlaku lagi, tak pun kita angankan satu peristiwa dan betul-betul jadi realiti????

Saya rasa macam pernah mengalami peristiwa yang sama berulang kali ataupun saya yang berangan nie (sambil menampar pipi sendiri)...pernah satu peristiwa yang berlaku dalam hidup saya dan saya rasakan pernah berlaku dahulu....ye ker?????

Peristiwa tengahari hari tadi misalnya, saya dalam perut bas untuk menuju ke fakulti bagi mengadakan perbincangan dengan rakan sekelas tentang tugasan kami dan salah satu hobi yang paling saya sayang ialah membina angan-angan dalam bas (perrrrghhh sangat suka)...rasanya banyak juga yang mengikut jejak kaki saya kan..kan..

sempat juga semasa dalam perut bas tadi saya mengangankan bahawa dilamar oleh seseorang dan saya layan jelahhh angan-angan tersebut hinggalah sampai ke fakulti...dan semasa siap perbincangan tersebut, memang betol saya dilamar!!!!....wah siapa yang melamar saya????saya bemimpi barangkali..jap tapi bila tampar saya rasa sakit...memang realiti....so apa maknanya????..dilamar oleh siapa???






KE BAWAH YER..........















Ermmm...erkkk...ermmm..berdebar pula saya nak berkongsi pengalaman  paling berharga ni!!!
sebenarnya saya dilamar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan pada hari cuti!!!!Arrrrrrrrrrrghhhh.....tension,rasa cam nak cekik-cekik bila terpaksa merosakkan hari cuti yang bagaikan bulan madu itu...




Cinta bukan sekadar ucapan dan luahan
tapi sejauhmana kita mampu membawa
dia yang kita cintai ke jalan ALLAH
Terkedu sekeping hati
bila awak cakap
awak sedia jadi iman saya
sampai bila-bila saya cintakan awak
InsyaALLAH.


ok..ok..saya terima lamaran awak!!!Jumpa tempat biasa ^_^

Saturday, January 8, 2011

Sahabat @ cinta???

Beginikah akhirnya????
Betul kerr diantara berlainan jantina tidak ada istilah persahabatan yang ada hanyalah salah seorang mesti tergelincir menjadi terlebih suka??? Saya rasa ramai yang berkawan dengan berlainan jantina, ada yang kenal sejak kecil sampailah besar tapi tidak pula ikatan itu berakhir menjadi terlebih suka....mungkin hanya segelintir yang menjadi terlebih suka pada kawan sendiri...semua bergantung pada hati dan diri masing-masing,sejauh mana kita akan tergelincir kita tidak tahu....jommm mengembara bersama saya dalam cinta dan persahabatan..^_^

 Indah sekali membiarkan minda terus memutarkan wayang kenangan dahulu, kisah persahabatan antara kami berempat, dua lelaki (kembar) dan dua pompuan, berkejaran, main kawin-kawin, mandi sungai, bergaduh, menangis, terluka, panjat pokok dan semua perkara kami lakukan bersama..nama lagi masih kanak-kanak tidak mengenal batasan antara lelaki dan pompuan..bertahun kami menganyam jalinan kasih sayang yang kukuh, membesar dan tumbuh bersama. Sesekali saya ketawa mengenangkan betapa nakalnya kami dahulu, betapa comot dan polosnya wajah kami dan betapa murninya ikatan antara hati kami..janji yang disulam supaya ikatan ini terus kekal dirombak oleh arus masa yang menganas, kami terpisah, masing-masing membawa haluan diri dan hingga kini kami hanya sekadar melemparkan senyuman ikhlas dan membiarkan mata yang berbicara tentang segalanya...tak pernah kami jatuh cinta sesama sendiri..persahabatan tetap di landasan yang benar...


Sahabat atau cinta???

Mungkin ada yang jatuh cinta dengan sahabat sendiri...mungkin kerana keserasian dan keselesaan semasa bersama yang menjadi pendorong....Tapi bersedialah untuk kehilangan sahabat yang kita sayang andai kata kita meluahkan cinta tapi si dia tidak menerima...perasaan kekok dan canggung mula tumbuh, menukar perlakuan dan sahabat mula menjauh lalu masing-masing mula melahirkan ungkapan menyesal, menyesal kerana meluahkan dan menyesal kerana tidak menerima...mungkin itulah antara risiko yang terpaksa ditanggung jika jatuh hati dengan sahabat sendiri. Kesudahannya terpulang pada kamu untuk menilai. tidak salah jika dari sahabat beralih kepada cinta..^_^

sesekali kita bertembung
kita sama-sama melarikan pandangan
menyembunyikan  segumpal rasa yang tersimpan
malu yang timbul menjadi benteng
penghalang antara kita
andai perpisahan itu tidak berlaku
mugkin kini kita masih bersahabat seperti dulu



Tuesday, January 4, 2011

Anak ke DUA????

Kelas Pendidikan dan Masyarakat pada petang tadi memberi satu input yang berguna untuk saya kongsikan dengan anda semua...kata prof tadi~ anak kedua memang aktif sedikit, susah dijaga dan suka menyakat orang, bila dia pulang seluruh rumah riuh dengan suaranya berbanding dengan anak pertama yang ada atau tidak sama sahaja.....kata-katanya mengusik hati dan membawa saya mengimbau kembali perlakuan saya semasa proses tumbesaran..jommm mengembara bersama saya ^_^




Gambar yang saya curi dari cik google...saya masa kecil lebih comel~~
Saya anak kedua daripada empat adik beradik yang semuanya puteri, tidak ada putera yang ada hanyalah ayahanda sebagai Raja. Kata bonda, waktu kecil saya agak lembik dan lembap orangnya, selalu jatuh bila berjalan tidak sampai sepuluh langkah pun, apatah lagi berlari lagilaa saya cepat jatuh, naik tangga rumah pun boleh jatuh, pokoknya saya memang lembik...

Saya suka mengikut kakak dan teman sepermainan (kembar) masuk ke hutan dan main bersama mereka tapi balik-balik saya yang menangis dan mesti ada terluka...jadi saya hairan macam mana prof boleh kata yang anak kedua lebih aktif???

Bila meningkat hari saya semakin membesar dan kenakalan saya mula teserlah....pernah dirotan ayahanda sebab rancak berbual semasa ayahanda solat, pernah dirotan sebab malas mengaji dan buat alasan sakit perut tapi bila kawan datang saya cabut pergi main kawin-kawin....betullaa saya memang nakal.

Saya nakal tapi manja!!!

Memang betulla saya nakal dan kuat menyakat orang tapi bila orang sakat saya balik, saya menangis dan sibuk mencari bonda untuk bersembunyi dan membuat aduan tentang mereka yang menyakat saya...masa tuu saya gembira sangat.



Bersama sepupu sebelah ayahanda..
Dula waktu kecik teman sepermainan yangbpaling rapat dengan saya, seorang perempuan dan pasangan kembar lelaki, mungkin dalam kalangan mereka, saya yang agak muda jadi saya dimanjakan. Pelbagai aktiviti yang saya buat, ikut kawan-kawan memancing, berkelah ramai-ramai, mandi sungai sama-sama dan kiniii.....semua tinggal kenangan saja, teman yang rapat mula menjauh bila kami mula meningkat dewasa, ada batasan yang kami jaga...dan saya rindu bahkan teramat rindu untuk jadi senakal dan semanja itu kembali!!!


saya memang suka mengusik
tak mengira siapa asalkan saya kenal orangnya
tapi saya tak suka
bila orang yang saya usik mudah merajuk
kita main-main jelahhh








Saturday, January 1, 2011

Harap Cepat kebah...

Saat saya bersendirian disini, wajah kekasih terlantar dirumah sakit...saat saya ketawa disini wajah kekasih kelat menahan sakit. Peristiwa yang menimpa wajah kekasih merobek lumatkan sekeping hati milik saya, puas saya menyelusuri logik akal mencari jawapan kepada sebuah pertanyaan... akhirnya bibir terpaksa menyedapkan hati yang berombak didalam dengan mengatakan wajah kekasih sedang diuji oleh NYA.

Penderitaan yang dihadapi wajah kekasih telah membawa bersama sedikit keceriaan dalam diri yang pernah saya kagumi satu ketika dahulu, hanya mutiara jernih menjadi peneman hari-hari sunyi saya disini. Tanggungjawap dan ikatan janji antara saya dan wajah kekasih memaksa saya mengeraskan hati mengunci semua rasa yang berkecamuk agar terus tabah terus bisa melangkah kaki disini walaupun terpaksa mengheret sekalipun. Pesannya hanya dengan ilmu saya dapat membela dia kelak....oooohhh hanya ketenangan yang saya mahukan dan ketenangan itu hanya saya peroleh bila bersama wajah kekasih dan menyembahNYA.

Merah sekali baju wajah kekasih saya...

Sudah puas saya mengusai mutiara daripada menjadi peneman sepi hari-hari saya, tapi tetap enggan pergi bahkan semakin kuat ia mendatang mendekati saya bila tahu saya keseorangan....oooohh wajah kekasih cepatlaaah sembuh ku ingin sekali mendengar bebelanmu di telinganku, hilai tawamu...ku rindu lagu di bibir mu, ku rindu air tanganmu...ku rindu belaian manjamu....ku rindu marah manjamu ketika ku mengusikmu....cepatlahhh sembuh!!!
 
Ya ALLAH kau ringankan beban digalas ayahandaku
sembuhkan derita bondaku
kuatkan keimananku
berilah kesabaran kepada hati-hati kami
kembalilah wajah kekasih seperti dulu....