Friday, March 25, 2011

Kita serumpun bukan?????

Assalamualaikum.......

Semua umat manusia itu bersaudara bukan namun kenapa mesti wujud rasa persaingan dan permusuhan antara satu sama lain....saya hanya mahu menyentuh tentang "dia" yang serumpun dengan kita...bahasa, agama dan peradapan yang agak sama, rapat dahulu renggang sekarang..entah silap siapa, tepuk dada tanyalah minda...

Rasanya Malaysia dan Indonesia pernah rapat satu ketika dahulu, namun kini kita membenci dia dan dia memusuhi kita...saling menuduh sedangkan kita bersaudara.....

Saya teringat satu peristiwa pada hari jumaat malam sabtu, saya bersama monu dan mona sedang bermanuskrip di surau kolej dan disapa oleh satu suara yang halus, lembut bertanyakan arah kiblat. Kawan saya monu bertindak sebagai petunjuk arah mungkin kerana dia mempunyai kefasihan berbahasa Indon hehehhehee....Selepas itu, empunya suara lunak tersebut bertanyakan tentang pejabat untuk menepah bilik kerana katanya dia baru sampai dari Indonesia dan terlibat dengan seminar dan bertugas sebagai pembentang dalam seminar tersebut. Kami sedikit kaget....pejabat dan tutup pukul lima petang lagi......

Wohaaa empunya suara lunak tersebut terus berubah riak wajahnya (sangat kesian melihat dia begitu),terus dia pergi berjumpa dengan kawannya (sama dari Indonesia tetapi lelaki). Dia kembali lagi menanyakan tentang cara untuk mendapatkan internet di sini...sekali lagi kawan saya monu dengan baik hati memberikan kata laluannya untuk empunya suara lunak tersebut,tetapi gagal mungkin kerana monu sedang menggunakannya. Dia berlalu dengan wajah kecewa, kami meneruskan kerja. Empunya suara lunak datang kembali lalu membaringkan diri di sebelah kami.

Detik menginjak pukul 11 dan kami mengemas untuk pulang, saya memberi cadangan supaya monu membawa empunya suara lunak bersama kami dan menumpang tidur di bilik menonton kerana saya sangat tersentuh melihat wajahnya yang polos, keletihan dan mungkin kelaparan kerana katanya dia menaiki belon pukul 3 petang dan sampai di Malaysia pukul 8 malam...Tetapi pelawaan saya ditolaknya kerana dia tidak mahu berpisah dengan kawannya (lelaki) mungkin kerana takut akan menimbulkan kesusahan pada keesokan harinya....

Lalu dia, kami tinggalkan dengan pesanan "jaga diri elok-elok".

Jom bersalaman sambil memaafkan.......

Semua makhluk bersaudara
namun mengapa mesti ada derita
memusnahkan insan yang sama
seakan menambah luka derita lama
mengapa dikenang sejarah yang pahit
mengapa mencari susur kesilapan
bukankah bersalaman dan kemaafan cara terbaik
musuh tiada negara pun aman


Kami mencari empunya suara lunak pagi ini, namun tiada ditemui,ahhh moga dia selamat sepanjang 6 hari disini.....andai masih diberi kesempatan untuk berjumpa, senyumlah tanda kita memang bersaudara...(saya tidak memasukkan namanya kerana terlupa,dia ada memberitahunya)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. namanya ici ke ichi,,tak silap aq lah,,,smga dia sntsa ok sahaja,,:)

    ReplyDelete
  3. Amboii orang sakit sempat berjalan kat blog yer..hehehe,ye moga dye sentiasa diredhai

    ReplyDelete