Assalamualaikum~~~
Hari sabtu yang memenatkan+sedikit menakutkan buat saya dan teman seangkatan yang lain dengan melawat Rumah Orang Tua Seri Kenangan..
Ketibaan kami semua disambut oleh warga penghuni yang sedang beratus sepanjang jalan...sangat takut sebab keadaan mental merekaa tidak senormal kita...dah laa group kami tak de wakil kaum adam. kami dipecahkan kepada 5 kumpulan dimana 4 kumpulan ditugaskan untuk wad terlantar dengan membantu memandikan dan menuruskan mereka. saya pula dimasukkan dalam wad orang biasa. Aktiviti pagi bermula dengan menghidangkan makanan kepada mereka...satu pengalaman yang menarik bila Akak kantin memberitahu yang selalunya mereka susah nak makan tapi hari nie semua licin..kata akak mereka mahu cuci mata...wohaaaa!!
|
Ketua ...") macam palapes ketibaan kami disambut
Pengalaman yang kedua bila terpakda melakukan aktiviti senaman pagi...bayangkan kami dikelilingi oleh warga emas yang sensitif dan inginkan belaian kasih sayang...sangat menakutkan bila terdengar bisikan seorang pak cik yang agak melalut sedikit. Ditambah pula dengan gelagat pak cik Mansoor yang menyanyi dan berjoget sangat menghiburkan...Abang katanya bukan Pak cik...:P.......sedikit terkesan di hati bila Mak cik Ani seorang warga emas yang buta turut sama menyumbangkan suaranya....hampir menitik air mata bila lagu yang dinyanyi olehnya menggambarkan kehidupannya...moga dia terus tabah!!
Aktiviti yang seterusnya ialah minum pagi...disini saya sedikit takut bila diserbu oleh pak cik-pak cik sambil meminta air sedangkan air telah dihidangkan diatas meja..barangkali mereka hanya inginkan sedikit perhatian dari saya...seterusnya kami ditugaskan membersihkan dewan makan..dan sarapan pagi bersama kakitangan....
Ada seorang penghuni yang tidak suka dibantu dan sangat rajin orangnya...tapi sedikit pendiam, mungkin tidak mahu membuka ruang untuk kami selusuri hatinya...sewaktu membantunya mengambil air, tangan kami ditepis tanpa menghadiahkan senyuman pon....mungkin sudah penat dengan semua ini!!
seterusnya aktiviti kemuncak iaitu perasmian penutup dimana kami semua disuruh untuk mendekati dan menyelami hati mereka...teringat saya akan genggaman tangan Cik Puteh..sayu hati mendengar tiap patah yang keluar dari mulutnya...sewaktu berpisah, dia seakan-akan tidak mahu melepaskan tangan saya dan katanya "nanti lepas belajar datanglah melawat"........
Inilah wajah-wajah kekasih saya...InsyaAllah saya janji tak akan sebegitu, saya janji akan menjaga mereka, melindungi mereka dengan tulang kecil saya, menghapus tiap air mata duka mereka, mendengar keluh kesah dari jiwa mereka....membela nasib mereka bila toa kelak dan andainya saya tidak diberi kesempatan untuk menjaga mereka di hari toa kelak, masih ada wajah kekasih lain yang sudi...Miss u so much wajah kekasih!!!!
bukan wang ringgit yang dipinta bukan emas permata bukan banglo berjuta namun hanya secebis sedikit perhatian bersama adunan kasih sayang tidak terbalas apa yang kita kurniakan dengan apa yang diberikan cukuplah...cukuplah dengan kasih sayang!!
Teringat kisah seorang penghuni yang dihukum oleh anaknya sendiri kerana kesilapannya yang lalu..namun lupakah anak tersebut, siapa kita untuk menghukum mereka, walau sebesar mana kesilapan mereka terhadap kita, namun tidak sebesar dengan perlakuan kita membuang mereka......
|
semalam adalah kenangan...hari ni y mencorakkan kita, sedangkan esok pula masa depan...y berlalu biarkan berlalu, y manis jadikan kenangan, y phait jadikan pengajaran di hari muka...belajar memaafkan akan menjadikan hati lebih tenang drpd pusing kepala untuk membalas dendam...akhirnya, y dikejar xdpt, y dikendong keciciran...
ReplyDeleteAin
ReplyDeletesila hubungi saya segera. ada berita baik dari DBP!
Long:btol dendam umpama warna hitam yang tumpah,baik dipadam dari dibiar sahaja..mencacatkan hatiii
ReplyDeleteDr:baru diberi kesempatan untuk melihat blog pada hari ini....