Saturday, December 25, 2010

Ilmu Hitam???

Rasanya sudah lama saya tidak melarikan tangan melukis kata di blog ini, mungkin ketiadaan idea dan juga masa barangkali....kali ini baru saya ada kesempatan sementara jadual harian masih belum padat dengan aktiviti.

Percaya tak dengam ilmu hitam dan sejauhmana kepercayaan anda semua??kalau terlebih percaya terpesong jadinya cukuplah kita sekadar mengetahui dalam dunia yang kita huni ini ada makhluk lain yang trurut membina empayar. Berbalik persoalan itu pada saya pula dan rasanya saya juga percaya dengan kewujudan mereka.
Bagaimana pula dengan segelintir sikap manusia yang memusnahkan manusia lain dengan ilmu hitam angkara dengki, cemburu dan sakit hati??? Apakah mereka tidak mengetahui bahawa perbuatan tersebut dilaknat ataupun mereka sengaja membutakan mata dan memekakkan telingan demi memenuhi tuntutan mereka...ada tiga kisah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua....layannnnnnnnnn  ^_^



Jadikan kalimah ALLAH sebagai pendinding diri....

Kisah pertama~seorang perempuan yang agak sebaya dengan saya terpeksa menanggung kesakitan angkara saka dari keturunan, menderita sehinggakan tubuhnya yang comel berisi berubah menjadi kurus sekali. Terpaksa menanggung beban yang tak terlihat oleh mata kasar. Kadang kala dia baik sekali namun bila kehendak dan kemahuannya tidak dipenuhi dia akan kembali memberontak dan tidak sedarkan diri...saya yang melihat hanya mampu berdoa moga dia kembali menjadi 'dia' yang saya kenali satu ketika dahulu.....sehingga kini dia masih lagi mencari tempat yang betul-betul boleh menyembuhkan dirinya...moga ketemu yerrr!!!

Suka tengok cerita hantu disebalik selimut..hehehe
Kisah kedua~perempuan yang kakak sedikit daripada saya. Cantik sekali orangnya dan kerana ingin membantu keluarga dia merantau jauh ke Pulau Pinang bekerja di sebuah kilang demi untuk melihat adiknya berjaya. Sesekali kepulangannya ke kampung dihidangkan dengan pertanyaan tentang tubuhnya yang semakin kurus dan seperti biasa jawapannya....Diet!!. Sehinggalah satu ketika kepulangannya membawa bersama derita, tidak lagi mampu makan, bahkan untuk senyum pun tidak mampu. Masa itu saya masih lagi keanak-anakkan tahu tentang ilmu-ilmu santau ini. Setelah puas berubat di hospital dia cuba berubat kampung dan  tahulah bahawa dia terkena santau setelah dia menolak lamaran seorang lelaki berketurunan jawa...Masih saya ingat sisa-sisa kehidupannya yang sangat memedihkan...


Kisah ketiga~wanita yang agak rapat dengan saya. Perubahannya mengusik hati saya, dia bukan lagi wanita yang selalu memanjakan saya dengan kata-kata lembutnya. Namun saya tahu dia masih lagi wanita yang paling saya sayang didunia ini. Lesu tubuhnya mengundang pilu dihati saya, cengkung wajahnya merobekkan hati saya, peganganya saat saya mengangkatnya menghancurkan hati saya. Pemergian saya hanya dihantar oleh matanya yang jauh terperosok didalam, tiada lagi sinar yang menghangatkan saya. Tiada lagi peluk cium yang menemani hari-hari saya disini. Tiada lagi kata-kata nasihat dan usikannya untuk saya. Hanya satu pinta dan doa saya, kembalikanlah insan yang amat saya sayang ini seperti asal. Apa salahnya pada mereka sehingga dihukum begitu dan siapa mereka untuk membuat dia jadi begitu...sedarlah balasan ALLAH itu pasti!!


Sehingga kesaat ini airmata tak pernah berhenti
bila wajahmu yang sayu menerpa ruangan mata
hanya doa mampu kupanjatkan
moga ibu kembali sepeti biasa

No comments:

Post a Comment