Friday, December 31, 2010

2010 Dalam kenangan....

Begitu cepat masa yang berlari dan kini saya masih lagi mampu menghirup udara segar dan masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut tahun 2011 yang bakal menjelang...namun 2010 tetap segar terpahat kukuh dalam ingatan saya menjadi antara koleksi-koleksi kenangan saya sepanjang hidup ini.....Tidak kata yang cantik untuk saya gambarkan tentang kenangan tersebut cukuplah sekadar dengan potret-potret menceritakan semuanya..........

          
Dengan yan dan fatin dekat ict Shah Alam..


Dengan yan dekat Gentig... kota keriangan ^_^


Wani dan Malim Ghorzali....penulis novel yang saya kaji



Putera-puteri persuratan dengan baju kebanggaan kami...

Rombongan ke DBP...

Nampaknya ada banyak juga potret dalam simpanan saya yang hilang mungkin kecuaian saya yang lalai dalam menjaganya ataupun si tikus mana yang berani masuk dalam laptop saya nie!!!!!.....hehehe, serius ada tikus yang menghilangkan potret-potret kenangan saya.....




Ooooohhh tak mengapa wahai cik tikus, disebabkan oleh tahun baru maka beta dengan ini maafkan awak...^_^ sebenarnya bukan cik tikus tapi rasanya yang terrrrrrrrrrrrpadam separuh potret-potret tersebut semasa operasi membersihkan local D yang mula menunjukkan tanda amaran...tak mengapa boleh mintak dengan kawan lagi...apa gunanya ada kawan kannnn.....


Majlis berbuka puasa...
Keluarga besar Che Harun masa Rayer.......ada lagi yang tercicir

Jejak kasih darjah 6...semua dah berubah...


Wani dan sofea dekat sekolah teknik Ampang untuk simulasi ko-k

Majlis bakar sampai rentung....
Ermmm sebenarnya masih banyak lagi kenangan saya sepanjang tahun 2010 tapi cukuplahhh setakat ini yang lainnya saya simpan dalam ingatan...kenangan tetap segar di ingatan.....


Ermmmm mahu masukkan seorang lagi insan istimewa 
tapi nanti heboh satu malaya
lagipun Pok Cik maluuuuuuuu katanya
jadi biarkan segar dalam kenangan

Kenangan ada pelbagai rupa
pahit, manis dan kelat
jangan pernah membenci kenangan
walau seteruk manapun iaa
kerana yang namanya kenangan
tetap terpahat kukuh menjadi tugu ingatan 

Dia.....Datang

Ermmm nampaknya tinggal beberapa jam lagi kita akan bertemu Dia...siapa dia tu??? Maksud saya tentulah tahun baru yang hanya tinggal beberapa jam lagi untuk kita meninggalkan dia yang lama (2010).

Tahun baru tapi kita masih dengan perangai yang lama....
Ramai yang sibuk bertanyakan tentang azam tahun baru, apa azam yang tidak kita capai tahun lepas, usia yang semakin meningkat dan pelbagai persoalan yang yang berkaitan dengan tahun baru. Tak ketinggalan juga gedung-gedung membeli belah yang menawarkan harga yang cukup lumayan sehingga membuatkan poket semakin mengering. Saya juga tidak ketinggalan mengambil peluang dengan tawaran harga tersebut...hehehe

Tapi yang lebih menarik perhatian saya ialah tentang keperluan untuk menyambut tahun baru....setiap tahun golongan muda-mudi tidak terkecuali golongan separuh warga emas yang mengambil bahagian dengan berhimpit-himpit hanya untuk melaungkan SELAMAT TAHUN BARU!!!


Lautan manusia....
Rasanya lebih baik berkumpul bersama keluarga dirumah ataupun keluar makan-makan daripada membahayakan diri mengambil risiko semasa berhimpit-himpit tanpa kawalan keluarga....Bersesak-sesak di celahan orang ramai bersama insan tercinta, bermadah pujangga sang lelaki menaburkan janji untuk tahun ini dan lahirlahhhh bayi tahun baru...... Tidak mahu saya memenatkan jari untuk menulis peristiwa yang telah kita sedia ketahui apa semasa tahun baru....fikirlah sendiri.



Bagi saya perlu atau tidak untuk menyambut dia yang bakal tiba??? tepuk dada tanya iman....^_^



Tidak pernah membuat azam sempena tahun baru
bagi saya cukuplah jika kita memenuhi janji dengan NYA dan diri
apa guna membuat azam jika janji dengan NYA
masih compang-camping kita kerjakan








Monday, December 27, 2010

Semalam Yang Ditinggalkan

Menyesal pada sesuatu perkara yang kita lakukan mungkin baik tetapi mungkin juga mengundang perkara yang tidak baik...kata orang buat apa berpaling pada semalam yang kita tinggalkan tetapi bagaimana kalau semalam yang ditinggalkan itu merupakan perkara yang kita mahukan dalam hidup ini.....

Saat saya melarikan tangan seiring dengan ingatan tentang dia yang telah saya lukakan hatinya semalam. Hanya kata maaf yang bisa saya titipkan buat dirinya yang sabar dengan karenah saya tetapi cukupkah hanya dengan kemaafan untuk membalut luka yang ditinggalkan. Menyesal pula saya terlalu menurut emosi tetapi kita selalu akan gagal bila berhadapan dengan emosi......

Seorang lelaki yang luntur egonya hanya kerana air mata seorang wanita dan seorang wanita yang menjadi cenggeng bila kalah dengan emosi. Semuanya kalah bila berhadapan dengan emosi...dan tanpa emosi kita menjadi manusia kayu barangkali.

Normal tak????

Agak terganggu juga emosi saya ketika waktu ini...hanya kerana dia....Pesan orang tua-tua jangan terlalu menurut emosi nanti makan diri..renung-renungkan.....

Mungkin kemaafan tidak mencukupi
untuk semalam yang memedihkan
namun hanya itu yang ku mampu
seiring dengan penyesalan yang mengunung 

Saturday, December 25, 2010

Kekasih.....

Kekasih
manis bibirmu melontar janji
merdu alunanmu memujaku
redup matamu memandangku
hangat menusuk sentuhan kasihmu

Namun
masa yang berlari
mengubah dirimu
kelat ayatmu meghinaku
kencang suaramu memuntahkan peluru amarah
tajam pandanganmu melihatku
kasar sekali sentuhan darimu

Apakah memang lumrah duniawi
kekasih menjadi tersisih
Hilang segala taburan janji
Yang tinggal hanya derita dan airmata
Hanya satu cinta yang pasti
Cinta DIA YANG MAHA AGUNG......

Terima kasih untuk rasa cinta ini
menjadi peneman hari-hariku
moga kasih ini kekal ke akhirnya
sehingga pok cik tua yer  ^_^ 

Ilmu Hitam???

Rasanya sudah lama saya tidak melarikan tangan melukis kata di blog ini, mungkin ketiadaan idea dan juga masa barangkali....kali ini baru saya ada kesempatan sementara jadual harian masih belum padat dengan aktiviti.

Percaya tak dengam ilmu hitam dan sejauhmana kepercayaan anda semua??kalau terlebih percaya terpesong jadinya cukuplah kita sekadar mengetahui dalam dunia yang kita huni ini ada makhluk lain yang trurut membina empayar. Berbalik persoalan itu pada saya pula dan rasanya saya juga percaya dengan kewujudan mereka.
Bagaimana pula dengan segelintir sikap manusia yang memusnahkan manusia lain dengan ilmu hitam angkara dengki, cemburu dan sakit hati??? Apakah mereka tidak mengetahui bahawa perbuatan tersebut dilaknat ataupun mereka sengaja membutakan mata dan memekakkan telingan demi memenuhi tuntutan mereka...ada tiga kisah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua....layannnnnnnnnn  ^_^



Jadikan kalimah ALLAH sebagai pendinding diri....

Kisah pertama~seorang perempuan yang agak sebaya dengan saya terpeksa menanggung kesakitan angkara saka dari keturunan, menderita sehinggakan tubuhnya yang comel berisi berubah menjadi kurus sekali. Terpaksa menanggung beban yang tak terlihat oleh mata kasar. Kadang kala dia baik sekali namun bila kehendak dan kemahuannya tidak dipenuhi dia akan kembali memberontak dan tidak sedarkan diri...saya yang melihat hanya mampu berdoa moga dia kembali menjadi 'dia' yang saya kenali satu ketika dahulu.....sehingga kini dia masih lagi mencari tempat yang betul-betul boleh menyembuhkan dirinya...moga ketemu yerrr!!!

Suka tengok cerita hantu disebalik selimut..hehehe
Kisah kedua~perempuan yang kakak sedikit daripada saya. Cantik sekali orangnya dan kerana ingin membantu keluarga dia merantau jauh ke Pulau Pinang bekerja di sebuah kilang demi untuk melihat adiknya berjaya. Sesekali kepulangannya ke kampung dihidangkan dengan pertanyaan tentang tubuhnya yang semakin kurus dan seperti biasa jawapannya....Diet!!. Sehinggalah satu ketika kepulangannya membawa bersama derita, tidak lagi mampu makan, bahkan untuk senyum pun tidak mampu. Masa itu saya masih lagi keanak-anakkan tahu tentang ilmu-ilmu santau ini. Setelah puas berubat di hospital dia cuba berubat kampung dan  tahulah bahawa dia terkena santau setelah dia menolak lamaran seorang lelaki berketurunan jawa...Masih saya ingat sisa-sisa kehidupannya yang sangat memedihkan...


Kisah ketiga~wanita yang agak rapat dengan saya. Perubahannya mengusik hati saya, dia bukan lagi wanita yang selalu memanjakan saya dengan kata-kata lembutnya. Namun saya tahu dia masih lagi wanita yang paling saya sayang didunia ini. Lesu tubuhnya mengundang pilu dihati saya, cengkung wajahnya merobekkan hati saya, peganganya saat saya mengangkatnya menghancurkan hati saya. Pemergian saya hanya dihantar oleh matanya yang jauh terperosok didalam, tiada lagi sinar yang menghangatkan saya. Tiada lagi peluk cium yang menemani hari-hari saya disini. Tiada lagi kata-kata nasihat dan usikannya untuk saya. Hanya satu pinta dan doa saya, kembalikanlah insan yang amat saya sayang ini seperti asal. Apa salahnya pada mereka sehingga dihukum begitu dan siapa mereka untuk membuat dia jadi begitu...sedarlah balasan ALLAH itu pasti!!


Sehingga kesaat ini airmata tak pernah berhenti
bila wajahmu yang sayu menerpa ruangan mata
hanya doa mampu kupanjatkan
moga ibu kembali sepeti biasa

Tuesday, December 21, 2010

Saya Kembali........

Menghabiskan cuti semester tanpa sebarang aktiviti menarik..hanya rutin seharian yang biasa bagi saya. Musim tengkujuh membantutkan aktiviti yang saya lukiskan di kepala sewaktu melangkah keluar dari kampus. Masa-masa lapang saya isi dengan kembali mengulang membaca novel dan juga mendengar lagu..ada satu lagu saya ingin kongsikan dengan semua.




Sebelum hadir seseorang yang telah dijanjikan oleh Allah sebagai nakhoda kita, mungkin dalam perjalanan itu kita telah menemui orang yang salah kan. Ada sampai berkali-kali dilukai dan ditinggalkan bahkan meninggalkan sebelum bertemu dengan pasangan yang telah dijanjikan. Semua jadi bekalan berguna dalam meniti kehidupan saya kira. SIAPA DIA SEBELUM 
DAKU..aluan merdu Roy dan Fran.

Siapa dia yang pernah hadir dalam hidup kita sebelum berjumpa dengan pasangan yang dijanjikan tidak penting, apa yang penting hargai apa yang ada dengan kita.

Aku selalu memikirkannya
Siapa dia sebelum daku
Gadis kau puja hingga kecewa
Kini kau tak menyatakan
Aku pun jua sering tertanya
Siapa dia sebelum daku
Pria kau puja hingga merana
Kau merahsiakan dariku
Sejak kau wujud dalam hidupku
Semuanya telah terpadam
Papar banyangan yang indah
Di malam purnama di telan mentari pagi
Apa di sentuh sejarah dulu
Hanya menyakit hati sendiri
Telah ditemukan kita berdua
Engkaulah sinar hidupku…..


Tak kisahla siapa yang pernah hadir
Kerna bagi saya
Awak tetap satu dalam sejuta
Terima kasih dengan
Pemberian kasih sayang ini