Sunday, February 27, 2011

Ermmm mau jd ape yerrrr???



Kalau kita diberi pilihan untuk mempunyai keistimewaan macam kartun lam tv or komik..kita nak jadi ape yerrr??? Mesti banyak yang kita nak jadi kan..baik jawap yerr..kalau tak,ketuk kepala pakai garfu..hehehehhe..

Okelah...pilih tiga jerk taw..ermmm empat laaa...ehh lima laa...ok fine..tiga jerk,nati semua nak tulis kat sini...panjang pulak list yang muncul dalam kepala nie..^_^

kalau boleh saya nak jadi kartun midori..kartun Jepun yang comel 2...mungkin disebabkan terpengaruh maka saya meletak alamat ym juga dengan nama midori...bajet comel cam kartun bila orang panggil saya cam tu....kelebihan si midori ini ialah perempuan biasa yang menjadi sebesar ibu jari selepas jatuh cinta dengan jejaka hotttttt dekat skol, maka melekatlaa si midori ni kat tangan si hot nie...wohaaaa,,,sangat romantik,dapat dekat dengan orang yang kita sayang......



Tengok si midori 2...comel kang!!!!!

yang kedua saya nak jadi cam sailormoon..hahahahha....Tampo diri sendiri, sebab agak melampau sesangat...well saper yang tak nak jadi secomel mereka ni dan ada kuasa untuk melindungi diri n dunia....wakakakakak..gelak jahat disitu....yelah kalau ada kuasa bolehlaa saya kerjakan lelaki yang tidak tahu untuk bersopan santun dengan perempuan.....







Yang ketiga saya pilih...ermmm ape yerrr,,,,nak fikir sejam..:P, ok2...saya sambung selepas sejam, saya nak jadi sizuka kotttttttttttttt...sebab dia comel...tangkap cintun dengan mata dye..hehehehehhe..aci tak pilihan saya nie....







Hhahaahahha...saya nak jugak masukkan yang ke4 nie...sebab saya suka, pertama kali dalam idup zaman budak-budak kecil minat dengan aksi ganas-ganas sebab dye punyerr heroo..perrrrgggghhh ensem....Izinkan aq menatap matamu......:P.....PERKENALKAN SANG KEKASIH SAYA SAMURAI X......Hahahahah...motif guna font besar????sesajer...nk tunjukkan tahap cintun disitu...










Dalam hidup banyak yang kita inginkan
tak pernah puas dengan sesuatu
belajar menerima dan memberi dengan tulus
seperti tulusnya sayang saya pada awak.....












Sunday, February 20, 2011

Gila Selendang

Kebelakangan nie..ramai sesangat girls yang tangkap cintan dengan selendang kan...saya pon sama..10s tok room8 setahun lebih saya yang menjadi lec dalam mengajar saya memakai benda alah nie. Mula-mula memang la rasa susah kan nak belit-belit nie..tapi lama-lama saya rasa ok,lebih senang dari tudung biasa..dan paling penting rasa lebih comelll...(weksss abaikan ayat perasan nie yerrrrr)

Kali pertama wat selendang cam nie...kredit tok sifu chaza ^_^

Ditambah dengan pelbagai fesyen sekarang lagilah bertambah pengikut shawl nie kan..tapi saya tak pulak sampai ke kelas pon posing dengan shawl 24 jam dan 7 hari seminggu...segan  melawa ke kelas...hehehe



Shawl kuno nie jelah saya pakai p kelas....( malu)

Dengan bertambahnya peratusan saya terhadap sldang maka tahap saya untuk berbelanja sakan terhadap benda alah ni pon meningkat....sempat hari sabtu saya dan fatin menghabiskan masa dengan merembat selendang dekat jalan TAR.....hobi saya juga turut bertambah iaitu menziarah blog-blog kepunyaan gadis shawl yang comel-comel...sempat menciplak ilmu dan tips-tips pentang....cewahhh cam nak kuar exm...
 
Pokoknya saya memang gila selendang skunk......senang dan simple...kan kan..baik jawap yer okey!!!


saya tak akan pernah membina istana
diatas air mata seseorang
tapi orang pernah membina istana
atas air mata saya
Gembira ")

Jujur vs Tak Jujur

Makin lama dunia sekarang..makin sukar untuk mencari orang yang jujur...jujur dalam segala segi, jujur dengan diri n orang lain dan juga semua...

1~ orang yang jujur tidak akan menunjukkan sebarang isyarat sebagai pesalah bila dia di cop sebagai pelaku tapi orang yang tidak jujur akan menunjukkan isyarat dia bersalah. Contohnya kalau pasangan kekasih yang sedang bertengkar dan si lelaki yang curang pasti akan mengelak untuk menjawap persoalan yang ditanyakan...jika situasi tersebut jauh dari mata, kalau bertentangan lagi mudah mengesan orang yang tidak jujur dengan melihat perlakuaannya yang mengaru tempat yang tidak gatalla, tidak mahu bertentang matalah...semualahhhhhhhhhhh!!

2~ Orang yang jujur sentiasa mencari peluang untuk berterus terang bila mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena manakala orang yang tidak jujur pula sentiasa mengelak untuk berterus-terang, membiarkan perkara yang secubit garam menjadi sebesar Gunung Kinabalu.....semakin kita kumpul perkara yang kita tak puas hati dengan orang. semakin membesar perkara tersebut...so baik cerita awal-awl..




Ermmm kalau sebesar nie kira ok kot...")
3~Orang yang tidak jujur, percakapannya mesti tak betol kan,,mudah sangat nak kesan, misalnya,saya tak
pernah mandi bila berada di tempat awan sebab saya malu tapi tetiba, saya suka laaa main gelongsor dalam air tuuuu...sangat best...cuba fikir balik, tadi cakap tak pernah mandi kat tempat tapi suka gelongsor?????apa motif ini,,agak2 laa nak menipu pon....contoh kedua, saya tak suka pakai selendang tapi bila borak dengan kawan2 yang pakai shawl, dia yang lebih2 cakap pasal shawl....hellloooo tak sukaaaaaaaaaaa!!!!


4~Orang yang tak jujur mesti nak meninggikan diri dia dalam segala hal kan..tapi orang yang jujur selalu rendah diri. Contohnya....i tak pandai masak laaa...u sebut jerk nak makan apa...wohaaa....betul ker pandai...semua orang pandai masak tapi sedap @ tidak sahaja...




Kddang kala dengan jujur hati boleh jadi sakit
tapi kalau tidak jujur
lagi sakit, menusuk
bertahun mengambil masa merawat luka
so tepuk dada tanya iman...















Thursday, February 10, 2011

Kami Prihatin

SALAM semua...sejak dua menjak nie,mood nak tulis blog terbantut sedikit kesian buah hati kesayangan nie..lama ditinggalkan bersawang...hehehe...jangan bimbang saya kembali lagi...")

Dulu pernah saya terfikir ada lagi ke lelaki yang prihatin dengan kaum saya yang lemah nie...( memang ada yang prihatin tapi tidak diberi kesempatan bertemu ^_^)...susah nak jumpa dalam zaman yang serba canggih nie...selain orang yang rapat dengan saya,maka saya mengandaikan bahawa susahnyaaa nak jumpa lelaki yang prihati lagi...

Lelaki yang prihatin ~sanggup berdiri untuk bagi kaum saya duduk, tolong ambikkan barang-barang kami yang jatuh, tolong kami pegang barang yang sangat berat, dan banyak lagi...Bagi saya susah nak jumpa lelaki yang prihatin dengan keadaan kita...tapi nampaknya saya tersilap dalam meneka...terbukti sendiri Kami memang prihati....


Sempat saya curi dari cik abang google..")

Peristiwa ini terjadi sendiri pada saya semasa dalam perjalanan untuk pulang ke kampus selepas seminggu bercuti sempena Gong Xi Fa Chai...ada dua lelaki yang menjadi peneman saya pada malam itu membuktikan masih ada yang prihatin dengan kelemahan kaum saya....Jomm mengembara bersama....hehehe

~ Mula-mula sampai di hentian bas, perasaan saya mula cuak melihat sebilangan daripada penumpang adalah kaum Adam...adusss tak suka betul bila duduk sebelah kaum Adam dalam bas...Tapi ibu menenangkan saya yang mula merengak tak mahu pergi ( memang saya begitu, kalau pulang mesti tak mahu balik ke kampus). Pasangan saya yang pertama bernama Adib, bekerja di Bangi dan merupakan ketua ekpedisi mendaki Gunung di sekitar Kuala Balah..katanya daripada persatuan orang Gunung Kuala Lumpur. Ramah sekali berkongsi cerita dengan saya sehinggakan semua gambar dalam simpanannya ditunjukkan pada saya...bertanyakan tentang asal-usul saya dan memberi sedikit nasihat dalam bergelar pelajar. Sering kali tidur saya terganggu kerana dia mengajak berbual dan juga paling prihatin bila ingin mengenalkan saya dengan kawannya yang masih solo lagi...wohaaaa..saya sudah berpunya!!!





~ perkenalan saya dengan Adib berakhir si hentian putra dan saya terpaksa menukar bas untuk ke Kajang kerana Pak cik bas malas!!!!...sakit hati betul, bayangkan dengan keadaan saya yang deman dan batuk-batuk yang agak kuat benar-benar menyeksa saya. Oklahhh pak cik saya tukar!!! Saya terpaksa naik bas yang penuh dengan penumpang untuk ke Kajang dan malangnya semasa saya menaiki bas tersebut hanya ada satu tempat kosong di sebelah lelaki yang sedang berselimut lingkup...alamak tak kan saya nak bangunkan dia..tapi tak kan nak berdiri...jauh tuuuu. Nasib baik lelaki di sebelah saya merasa kesian melihat saya berdiri lalu mengejutkan lelaki tersebut....sepanjang perjalanan ke Kajang saya asyik terbatuk-batuk dan lelaki yang sama  juga merasa kesian....menghulurkan sebotol air. Terkejut...tergaman...saya hanya senyum dan mengucapkan terima kasih sahaja...abah pesan jangan ambik air dari orang yang kita tidak kenal....Kami berpisah di Putrajaya kerana lelaki prihatin tersebut turun di Putrajaya...


Betullah kata orang lama-lama, jangan mudah menilai sesuatu tanpa melihat isi dalamnya..mungkin dia nampak jahat, ganas tapi hati dia baik....dan mungkin yang nampak baik dan lembut itu sedikit nakal...^_^
                  
Awak akan tunggu saya???
Insya Allah saya akan tunggu
 biarpun kalau satu hari nanti
awak sudah tidak sayang pada saya
saya tetap tunggu awak
Sebab saya betul-betul sayangkan awak ")

Monday, February 7, 2011

Cuti = Musim Rehat @ Penat

Salammmmm semua,rasanya sudah lama saya meninggalkan buah hati kesayangan saya tanpa menjenguk sedikit pun untuk mencurahkan kasih sayang...tengok kesian buah hati saya,penuh dengan sawang dan benda-benda asing...hehehehe

Jadi saya kembali membersihkan buah hati kesayangan saya  dengan membawa bersama cerita musim cuti sempena raya cina...pernah tak tuan hamba semua fikir...musim cuti sekarang musim untuk berehat atau musim menambahkan penat???? Cepat-cepat angkat jari saper yang mahu jawap....^_^

Musim cuti sekarang dijadikan musin kenduri-kendara, sepupu kawin, kawan nak bertunang, cukur jambul anak buahlaaa...tengok sepupu sepapat yang jauhhhhhhhhhhhh laaa...pokoknya tak de masa untuk berehat...betol ker???

Asal cuti jer mesti ada kad yang bertandang kat umah ajak makam kenduri....cuti saya selama seminggu juga terganggu kerana terpaksa menghadiri tiga kenduri...nasib badan,semua sedara yang kawin. jadual betul-betul padat......


Gambar lama...sesaja nak masukkan..^_^


Kenapa yang ramai pilih masa cuti yer untuk kenduri????.....(ketuk kepala sendiri sebab tanya soalan budak darjah 1)...

~sebab musim cutilahhh semua ahli keluarga, rakan, bekas kekasih, bekas jiran, bekas mertua tak jadi akan balik...jadi semua boleh kumpul ramai-ramai
~masa cuti merupakan masa terbaik sebab saki-baki cuti boleh lagi rehatkan badan selepas seharian jadi tukang sibuk kata tempat kenduri
~sebab musim cuti ada ramai sedara yang boleh dikorbankan menjadi pembantu pada hari kejadian..hahahha..
~sebab memang nak pilih musim cuti ^_^

Terima kasih untuk kenangan masa cuti
antara yang terindah dalam hidup saya
nanti tunggu cuti lagi yerrrr!!!