Wednesday, November 10, 2010

Putus cinta bermusim??

Nampaknya tahun nie musim putus cinta kot..ramai jew pasangan yang bertahun bercinta namun gagal jua merealisasikan mahligai impian mereka bersama. Saya yang berada di tengah antara kalangan mereka hanya memerhati sahaja..laki cakap perempuan tak setia dan perempuan cakap lelaki yang mula berubah...sebenarnya salah siapa ye???

Perempuan cakap dulu sebelum bercinta bukan main baik tapi bila dah dapat perempuan idaman hati mula perangai berubah..tapi kalau saya fikir-fikirkan pun memanglaa masa mula-mula kita mengayat seseorang kita akan berusaha sekuat mungkin..Macam orang nak menanam padi pun adaa kan..sanggup buat semua asalkan dapat perempuan idaman. Bila dan dapat buat apa lagi berusaha keras mcam dulu..kita hanya perlu semai dan jaga..baja biar cukup..moga kasih sayang itu terus erat.

Tapi yang perempuan macam susah nak faham kann..terus fikir bukan-bukan, cakap teruna dan tak sayangla, dah jumpa orang barula..dah berubah laaa..semuanya ada...ermm saya rasa saya pun begitu~~~~

Cinta anugerah terindah buat manusia..jangan sia-siakan ye!!

Perempuan lebih banyak menangis dari lelaki tapi kadang-kadang perempuan menangis tanpa menitiskan air mata sebab dia menangis dalam hati...Sebab teruna tak suka tengok perempuan menangis nanti lama-lama dia bosan...asyik menangis dan menangis...awass tau nanti kena tinggal sebab menangis...

Peningkan bila cakap pasal hal cintan cintun nie...jadi jalan mudah jangan mengantung sepenuh kepercayaan dan berikan sejuta kesetiaan pada dia..Apa-apa pun sayang diri lebih penting~~~~

Awak suka buli saya
sampai kadang-kadang saya rasa geram sangat
nak sangat pergi jauh dari awak bila awak mula hobi awak tu
tapi saya tak bolehh
sebab saya sayang awak!!!
dan sebab buli saya rindu dekat awak  

Perasaan kita @ owang

Ermmm...tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni, jiwa saya asyik memberontak saja, ingin memuntahkan lahar amarah yang dah lama terpendam barangkali. Lahar amarah yang saya simpan berkurun lama hanya kerana ingin menjaga perasan orang..

Mana yang lebih baik perasaan kita atau orang???

kadang-kadang kita terlalu ingin menjaga perasaan orang sehingga perasaan sendiri kita abaikan dan terluka. Kita anggap tak mengapa kita yang terluka kerana sikap menjaga itu kerana mereka kawan kita...tapi kita??? Tak perasankah mereka tiap kali air muka kita berubah bila berbicara..tak perasankah sekilas perubahan pada nada suara kita???...Ahhhhh terlalu susah kalau berbicara tentang perasaan terutama apabila melibatkan hubungan kita dan orang lain.


Manusia dan perasaan bukan macam lagu dan irama ker???

sesekali ingin saja saya luahkan lahar didada, menghemburkan apa yang terpendam..namun tak bisa saya lakukan sebab Persahabatan...saya sayang kamu semua...

saya kalau marah bertukar jadi goku taw!!!

Didorong oleh faktor itulah saya memilih memdiamkan diri...sebab masa mungkin menghilangkan semua..saya rela daripada terus kehilangan...saya anggap kamu tidak sedar semasa menuturkan perkatan itu..mungkin didorong kerana sikap saya yang gemar mengusik dan menguji kamu barangkali...Menyebabkan kamu tidak dapat membezakan apa yang saya katakan sama ada gurauan ataupun saya ikhlas menuturkannya...





Saya gembira dengan kamu di sisi...bahagia???



Saya kalau sakit hati atau terasa dengan seseorang, air muka saya akan berubah dan saya terus mendiamkan diri ataupun mengalih topik yang sedang kami bincangkan supaya tidak timbul lagi perkataan yang boleh menyesakkan dada saya...sukarkan ingin menjaga hati orang...(bukan mengumpat ye...sekadar perkongsian sahaja)..jadi saya memilih untuk terus menjaga hati kamu semua dan hati saya sendiri!!! Walau susah namun saya pasti saya boleh menyenangkan kamu..kalau saya silap bagitahu Ya!!

saya tak pernah mainkan hati kamu
betul
 dan saya ikhlas dengan kamu
sebab
kalau saya mainkan hati kamu sama seperti 
saya mainkan hati saya sendiri!!!
^..^


Monday, November 8, 2010

Serius saya suka awak!!!!

Dah lama sebenarnya saya jatuh hati dengan awak...sejak kali pertama kita jumpa lagi. Betul saya tak tipu..hati saya rasa berdebar sangat bila tengok awak..kalau tengok nanti saya kangen...^..^

Kalau boleh tiap masa saya nak sesangat tengok wajah awak, senyuman awak...cair hati saya tapi... sentiasa saja ada halangan antara kita kannn..biasalah manusia dengki. Tak boleh nak tengok saya bahagia.

Saya suka renungan mata awak,redup sangat, saya suka bibir awak yang merekah dengan senyuman...manis sangat, saya suka potongan rambut awak setiap kali rambut awak bergerak ditiup sang bayu...cantik.
Serius saya suka segala-galanya tentang awak..dari ujung akar rambut sampailah ke kuku kaki awak yang comel.

Tapi kawan saya cakap saya tak layak untuk awak..saya hanya layak untuk lelaki biasa sahaja bukan putera kayangan macam awak...sibuk je kan kawan saya yang cemburu dengan kebahagiaan kita...Saya rasa kita berdua sesuai sangat..macam strawberrry dengan coklat je kan...sweeet sangat...

Laksamana idaman saya..encem tak???


(^..^)...Saya harap kita tetap bersama..walaupun saya tahu awak FAHRAIN AHMAD dan saya Nur Ain..


Saya akan jadi insan yang setia menemani awak
sepanjang pencarian mencari keredhaanNYA
tapi dengan syarat
Awak tetap setia menjadi nakhoda saya

Friday, November 5, 2010

AMPUNKAN AKU

Aku makhluk yang jijik
Lupa dengan janji padaNYA
Lupa dengan janji pada diri sendiri
Berkali aku hanyut ditelan fantasi
Saat itu ya ALLAH…aku alpa..
Aku lupa akan janjiku padaMU
Hinggalah aku tersedar dari lena mimpi
Betapa aku hambamu yang jijik dan tidak sedar diri
Betapa Allah masih menyayangiku dan menolongku
Walaupun janjiku dengan MU aku lupakan
Maafkan aku ya ALLAH…
Makhluk jijik ini hanya mampu menangis dan berdoa
Memohon keampunanMU
Sesungguhnya aku amat takutkan pembalasan yang dijanjikan olehMU
Namun ketika fantasi menjelma aku kembali lupa
Ya ALLAH berilah aku petunjuk dan hidayahh…
Supaya aku bisa keluar dari dunia yang penuh jijik ini!!!!
AMPUNKAN AKU…..

Family day Persuratan

Hehehehe...tajuk macam gembira je kan..tapi memang gembira sangat kalau berkumpul dengan keluarga persuratan. Aktiviti bakar-bakar sampai hangus nie dah lama dirancang daripada sem lepas lagi namun detik ini barulah kami berkesempatan merealisasikannya berkat peluh keringat safwan dan syazwan (kembar nama jewww) Tarikah keramat 2/11/2010 bertempai di FSSK tercinta..pembakarn tersebut berlaku...jommm ikot saya menyoroti kembali apa yang berlaku.. ^...^.

Saya n mona...cayunk kamu...


Comel tak kami????hajar n me



kesian apih n wan,smpai mandi peluh malam 2...Dr.Zubir bagi arahan je ker????



Makan besar...nyum-nyummm 




Lagu maher zain 1 farah n ain..(deejay kew??)

Ada macam finalis gadis melayu tak??


Amboii nik main mata dengan sape 2??Ehh mana lagi 5 kumbang nie??

Rajin tak saya....^...^

Jadi model kew??? curi tulang laa nie...


Memang betul-betul seronok malam tu sampaikan saya balik pukul 11 ...kalau ma tahu mesti kena ceramah motivasi..sowiee ma darurat....Nati sem depan kita buat kambing ok..cukup bajet tak????


Bintang dan bulan melengkapkan langit pada waktu malam
cantik memukau mata
dan kamu semua telah melengkapkan hari-hari saya
terima kasih untuk satu lagi kenangan terindah ini